Pengikut

Selasa, 4 Disember 2012

Fungsi penggunaan dan fungsi tabungan

4.0 Fungsi Penggunaan [f (C) ]

               C = a + bYd

maksud :           C = jumlah perbelanjaan penggunaan
                         a  = pengguaan autonomi [penggunaan apabila Y - 0]
                         b  = penggunaan teraruh [penggunaan yang  dipengaruhi oleh pendapatan negara] (MPC)
                        Yd= pendapatan boleh guna (Y - T)

contoh : C = 100 + 0.8Yd

4.1 Fungsi Tabungan [f(S)]

              S = - a + (1-b)Yd

Maksud :          S = Jumlah tabungan
                        -a= Tabungan autonomi
                   1 - b = tabungan teraruh [ tabungan yang dipengaruhi oleh pendapatan negara] (MPS)

 contoh : S = - 100 + 0.2Yd

Bab 3 keseimbangan pendapatan negara

Sabtu, 24 November 2012

Soalan objektif bab pengenalan

1. Manakah antara yang berikut bukan pembolehubah dalam teori makroekonomi?


A Pendapatan negara
B Tingkat guna tenaga
C Kadar inflasi
D Kadar upah

2 Sekiranya Keluaran Negara Kasar melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar, maka

A pendapatan faktor bersih luar negeri positif
B eksport bersih positif
C subsidi lebih tinggi daripada cukai tak langsung
D cukai tak langsung lebih tinggi daripada subsidi

3 Ekonomi guna tenaga penuh tercapai sekiranya

A kadar pengangguran adalah sifar
B kadar pengangguran di bawah 5%
C kadar pengangguran geseran 1%
D kadar pengangguran struktur sifar

4 Sekiranya pendapatan faktor bersih luar negara positif, maka

A keluaran dalam negara kasar melebihi keluaran negara kasar
B keluaran negara kasar melebihi keluaran dalam negara kasar
C keluaran dalam negara kasar melebihi keluaran negara bersih
D keluaran Negara bersih melebihi keluaran dalam negara kasar

5 Apakah alat terbaik bagi mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara?
A Pendapatan per kapita benar
B Keluaran Negara Benar
C Keluaran Negara Bersih
D Pendapatan Negara







Petunjuk Makroekonomi

1. Keluaran Negara Kasar (KNK)
- nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua fk(pn) milik warganegara tanpa mengira lokasi berada dalam negara mahupun luar negeri.
Formula : KNK = KDNK + Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri [PFl/n]
PFl/n = Pendapatan faktor dari luar negeri [warganegara] - Pendapatan faktor ke luar negeri [warga asing]

contoh 1: KNK = RM190 324j  KDNK = RM209 365j
               PFl/n  = RM[190 324 - 209 365]j
               PFl/n  = - RM19 041j
               [negatif bermaksud pendapatan faktor dari luar negeri kurang dari pendapatan ke luar negeri]

contoh 2: KNK = RM213 585j    KDNK -RM195 052j
               PFl/n  = RM213 585j - RM195 052j
               PFl/n  = RM18 533j
               [positif bermaksud pendapatan faktor dari luar negeri lebih besar dari pendapatan ke luar negeri]

2. Kadar Inflasi

Indeks harga tahun t - indeks harga tahun t-1   
---------------------------------------------  x 100
                  indeks harga tahun t-1
contoh : IH t = 127.8     IH t-1 = 133.5

            133.5 - 127.8
   =        -------------
                   127.8
   = 4.46%

3. Kadar Pengangguran
* tenaga buruh penduduk yang berumur antara 15-65 tahun kecuali suri rumah, pesara dan pelajar.
* gunatenaga --jumlah tenaga buruh yang sedang bekerja pada sektor ekonomi
F1 = Jum. Tenaga Buruh - Jum. Guna tenaga
        ----------------------------------------  x 100
                     Jum. tenaga buruh

F2 = Jum. Pengangguran
         ------------------- x 100
         Jum. tenaga buruh
Contoh : Jum. tenaga buruh = 11359.6  Jum. guna tenaga = 7240.6
            = 11359.6 - 7240.6
                -----------------   x 100
                      11359.6
            = 36.26%

4. Kadar Pertumbuhan Ekonomi

F1 = KDNK benar tahun t - KDNK benar tahun t-1
         -----------------------------------------------  x 100
                          KDNK benar tahun t-1

F2 = KNK benar tahun t - KNK benar tahun t-1
        ---------------------------------------------  x 100
                          KNK benar tahun t-1

contoh --- KDNK benar tahun t = RM66 258j   ,  KDNK benar tahun t-1 = RM60 929j

           = RM[66 258j - 60 929j]
              ------------------------ x 100
                       RM60 929j

          =8.75%

5. Kadar Bunga
--- peratusan yang dibayar oleh firma kepada institusi kewangan kerana membuat pinjaman bertujuan untuk pelaburan
--- semakin tinggi kadar bunga ---- semakin tinggi kos pinjaman ---- kadar pulangan semakin kurang ---- pelaburan dikurangkan

6. Kitaran Perniagaan


- Pada tahun Y1, KNK potensi Y1B kurang manakala KNK sebenar Y1A ekonomi berada pada inflasi.
- Pada tahun YF KNK potensi sama dengan KNK sebenar iaitu YFC ekonomi stabil
- Pada tahun Y2 KNK potensi Y2X lebih tinggi dari KNK sebenar Y2P ekonomi berada pada kemelesetan

6. Akaun Dagangan
Nilai eksport barang - Nilai import barang
- Imbangan dagangan lebihan = eksport melebihi import
- Imbangan dagangan kurangan = eksport kurang daripada import
- Imbangan dagangan seimbang = eksport sama dengan import

7. Akaun semasa
- merekodkan urusniaga berikut :
i. eksport dan import barang
ii. eksport dan import perkhidmatan
iii. pendapatan
iv. pindahan semasa