Pengikut

Jumaat, 23 November 2012

isu /masalah utama yang dihadapi oleh sesebuah negara

1. inflasi
- kenaikan tingkat harga umum secara berterusan
- berpunca :
a. inflasi tarikan permintaan [pertambahan dalam perbelanjaan aggregat]
b. inflasi tolakan kos[kos faktor pengeluaran meningkat]
c. inflasi diimport[harga barang import meningkat]
- kestabilan tingkat harga umum tercapai sekiranya kadar inflasi kurang dari 4%
- inflasi meningkat akan menyebabkan kuasabeli pengguna(C) akan berkurangan dan seterusnya mengurangkan pendapatan negara(Y)

2. Pengangguran
- jumlah tenaga buruh yang aktif mencari kerja tetapi tidak dapat kerja
- gunatenaga penuh tercapai sekiranya kadar pengangguran kurang daripada 5%
- pengangguran akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara akan berkurangan dan seterusnya mengurangkan pendapatan negara

3. Pertumbuhan ekonomi
- perkembangan kegiatan ekonomi dari semasa ke semasa dan menyebabkan keluaran negara benar meningkat
- aktiviti ekonomi tumbuh dengan pesat akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan sebaliknya.

4. Imbangan Pembayaran
- rekod kewangan yang menunjukkan aliran masuk dan keluar wang dan modal sesebuah negara dengan negara lain.
- Imbangan pembayaran yang positif akan mendatangkan manfaat kepada negara berkenaan di mana nilai mata wang negara bertambah kukuh menggalakan pelaburan masuk dan meningkatkan eksport.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan